Xtaw lAa. Hee
What love is all about? Cinta boleh membuatkan kita bahagia,
cinta juga boleh merobek hati! Siapakah PENCINTA HEBAT di Zaman ini? Ina
Naim? Lydia Ibtisam dalam IMPIAN ILYANA? PUTERI SARAH LIYANA dan MAWI?
Elyana atau OPIE dalam DUNIA BARU? JULIE ZIEGLER dalam KAYANGAN? Apa-apa
pun cuba renungkan erti CINTA di bawah!
Jika kita mencintai seseorang, kita akan senantiasa mendo’akannya walaupun dia tidak berada di sisi kita.
Tuhan
memberikan kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua
telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa
Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah
memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya.
Itulah Cinta …
Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu
mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan
sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi, jika kamu masih tidak
dapat melupakannya.
Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan, walaupun
mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun
mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai,
walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan Kepada mereka yang
mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali
kepercayaan.
Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia
meninggal dunia lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta
itu pada pusaranya. Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan
di benakmu itu sekarang selagi ada hayatnya. INGAT CERITA “LOVE IS
CINTA!” . Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan
orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus
mengerti bagaimana berterima kasih atas kurnia tersebut.
Cinta
dapat mengubah pahit menjadi manis, debu menjadi emas, keruh menjadi
hening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi
nikmat dan kemarahan menjadi rahmat.
Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu,
tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak
pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.
Seandainya
kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis, ibaratkanlah
seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum
mawar tersebut, tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu
menusuk jari.
Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang
yang sangat berarti bagimu, hanya untuk mengetahui baahwa pada akhirnya
menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.
Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh
hati, sehingga kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna penyesalan
kerana perginya tanpa berkata lagi. Cintailah seseorang itu atas dasar
siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. Kisah silam tidak
perlu diungkit lagi, kiranya kamu benar-benar mencintainya setulus hati.
Hati-hati
dengan cinta, kerana cinta juga dapat membuat orang sihat menjadi
sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya
menjadi miskin, raja menjadi budak, jika cintanya itu disambut oleh para
pecinta PALSU. Kemungkinan apa yang kamu sayangi atau cintai tersimpan
keburukan di dalamnya dan kemungkinan apa yang kamu benci tersimpan
kebaikan di dalamnya.
Cinta kepada harta ertinya bakhil, cinta kepada perempuan ertinya
alam, cinta kepada diri ertinya bijaksana, cinta kepada mati ertinya
hidup dan cinta kepada Tuhan ertinya Takwa.
Lemparkan seorang yang bahagia dalam percintaan ke dalam laut, pasti
ia akan membawa seekor ikan. Lemparkan pula seorang yang gagal dalam
bercinta ke dalam gudang roti, pasti ia akan mati kelaparan.
Seandainya kamu dapat berbicara dalam semua bahasa manusia dan alam,
tetapi tidak mempunyai perasaan cinta dan kasih, dirimu tak ubah seperti
gong yang bergaung atau sekedar canang yang gemericing.
Cinta adalah keabadian … dan kenangan adalah hal terindah yang pernah dimiliki. Tetapi jika ianya pahit, lupakanlah segera!!
Siapapun pandai menghayati cinta, tapi tak seorangpun pandai menilai
cinta kerana cinta bukanlah suatu objek yang bisa dilihat oleh mata
kasar, sebaliknya cinta hanya dapat dirasakan melalui hati dan perasaan.
Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang
mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi
pemimpin. Inilah dahsyatnya cinta.
Cinta sebenarnya adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi
dirinya sendiri dan tidak mengubahnya menjadi gambaran yang kamu
inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang
kamu temui didalam dirinya.
Kamu tidak akan pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. Namun apabila
sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu dan jangan biarkan dia
pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya.
Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut
tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia
dapat menilai kesuciannya.
Bercinta memang mudah, untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk
dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh.
Jika saja kehadiran cinta sekedar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir.